Sunday, June 29, 2008

Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) -Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

ImageGambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

ImageSumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

ImageMengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Laporan lanjut menyusul./wann_

Lawak untuk hari ini. :)

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.


---- sumbangan: Hassan

Friday, June 27, 2008

Selamatkah Malaysia?

Bila saya baca surat khabar sejak kebelakangan nih, terlalu banyak kes
jenayah timbul. Sungguh menakutkan!! Saya sendiri merasakan negara
sekarang semakin tidak aman. Di sana sini penuh dengan kes-kes jenayah.

Adakah pihak berkuasa kurang peka dengan hal- hal sebegini? Bila ada
kes rompak atm, dalam seminggu dua sure ada kes yg sama. Termasukla
rompakan barang kemas dll. Diorang nih dah miskin sgt ker bila minyak
naik or mak bapak sendiri x ajar? Ataupun sekarang pihak polis semakin
lemah dan lembik. Alah biasa la tu. Bila orang buat perhimpunan aman
dikumpulnya polis ramai2 sampai keselamatan negara pn x terjaga.
Biasala tu. Kepentingan politik lebih diutamakan....

Kadang- kadang saya rasa pelik. Apa gunanya askar kat malaysia nih?
Takkan jaga sempadan x nk bagi pendatang masuk kot? Yang tentera laut
tu jaga perairan jer ker? Sepatutnya askar kenala tolong polis jaga
keamanan. Ini serupa macam makan gaji buta jer. Negara x berperang pn...
Buatla sesuatu....

Pihak imigresen satu hal. Agaknya bila dah terima duit kopi buat2 x
tau bila PATI masuk sempadan. Negara kita macam negara asing dah. Rasa
x selamat sungguh!!! No wonder slalu bnyak kes2 pecah rumah.
Kebanyakan sumer indon2 belaka. Kat area rumah aku ni ha. Berapa
banyak kes pecah rumah. Sumernyer indon2. Alhamdulillah rumah aku
selamat....

Kerajaan sendiri x da inisiatif pasal keselamatan negara. Hak negara
pn diabaikan. Asyik pk nk pulih parti je memanjang. Kalau dah rosak tu
x yahla nk betulkan... Baik tukar baru jer senang.. Bila rosak bkannya
boleh tahan lama pn. Alih- alih rosak balik. Benda dah 50 tahun beb.
Benda dah usang, dah lama...dulu memangla bagus, tapi sekarang? Lu pk
la sendiri.

Tuesday, June 17, 2008

Mari belajar SEO!!

A typical search results pageSaper yang tak ingin tempat yang terbaik dalam enjin carian? Kalau tanya saya, saya sanggup bayar untuk mendapatkannya. Baiklah, di sini saya akan menerangkan dengan lebih detail mengenai teknik SEO dan anda sendiri boleh belajar mengenai SEO dan mempraktikkannya di blog anda.

Sekiranya anda ingin mendapatkan top 10 ranking di dalam blog anda. Anda perlu mempelajari teknik SEO. Apa itu SEO? SEO adalah singkatan kepada search engine optimization di mana anda perlu optimizekan page anda dan memastikan blog anda sentiasa di update untuk mendapatkan ranking yang tebaik dalam enjin pencari.

Sekiranya anda masih lagi newbie dalam teknik SEO saya rasa anda perlu mendapatkannya. Memperkenalkan satu produk yang paling laris di pasaran dan menjadi panduan mudah bagi newbie-newbie yang ingin belajar SEO

TEKNIK SEO

Apa yang hebatnya tentang Ebook nih? Ebook ini akan mengajar anda teknik-teknik, tips dan triks dalam meningkatkan ranking anda dalam enjin carian. Sekiranya anda seorang blogger anda pasti mahukan terapi yang tinggi dalam blog anda dan sekaligus menjana wang anda dari adsense bukan? Maka inilah masanya anda membuka langkah tanpa menoleh kebalakang lagi.

Sekiranya anda telah membeli Ebook tersebut beritahu saya hasilnya. Semestinya anda tidak akan menyesal dan mulakan perniagaan internet anda hari ini juga!!!

Ps: saya lupa nak bagitahu. pihak teknikseo.com ada melancarkan satu pertandingan SEO menggunakan keyword 'belajar seo' dan dapatkan hadiah-hadiah yang sangat lumayan di sana.
Klik di sini untuk mengetahui mengenai pertandingan ini dengan lebih lanjut.

Monday, June 16, 2008

Adilkah Malaysia?

pada post kali ini saya ingin meluahkan segala ketidakpuasan dan segala apa yang terpendam sejak sekian lama.
tgh duk saya lepak2 kat umah saya terfikir kenapa terjadi begini kenapa begitu dan soalan itu akhirnya akan dijawab oleh saya sendiri.
kadang-kadang soalan itu tiada jawapan pun.

Baiklah straight to the point. Adakah Malaysia bersikap adil terhadap mahasiswa dan mahasiswi?
Adilkah malaysia terhadap pelajar dalam negara mahupun luar negara.

kalau apa yang saya kata menyinggung member2 yang duk oversea saya mintak maaf bebanyak. kita bebas memberi pendapat dan juga bebas mengkritik pendapat yang diberi.
so saya x kisah kalau kawan nak kritik sekali pun.

baiklah saya akan ceritakan situasi nih supaya semua faham apa yang saya maksudkan.

Ahmad dan Mamat member baik. Dua2 sekolah sama. dan diorang nih dua-dua sama hebat.
satu hari result spm kuar. dua-dua dapat result cemerlang.

dan ahmad n mamat dapat tawaran jpa pergi ovc..
tapi biasala sure kena ader temuduga kan.?
so nak dipendekkan citer Ahmad dapat buat persediaan pg ovc n mamat kantoi temuduga.
akibatnya mamat pn sambung matriks...

mamat pun kecewa la sesangat....
ahmad dapat buat persediaan pg jordan amek medik.
persediaan tu 3 bulan jer.

luper nak gtau, mamat ngan ahmad dua2 cita2 nak jadi doktor...
last2 mamat decide nak pg matriks.
mamat blaja punyer la sungguh2...
last2 dapat 3.89 pngk...
mamat sedih giler coz hasrat jadi doktor tidak kesampaian...

so adakah pembaca nampak perbezaan di sini?
dua pelajar sekolah yang dapat result spm bagus tapi haluannya berbeza disebabkan sistem pelajaran mlaysia nih.
disebabkan lulus temuduga, dapat pg ovc padahal result spm sama.

apa saya nak kata di sini pelajar di malaysia ( dalam kes mamat nih) tak mendapat keadilan sewajarnya. kita sumer tahu terlalu tinggi persaingan di matriks dan jika nak dibandingkan dengan pelajar yang dapat persediaan pg ovc apala sangat examnya..
ramai sangat ker yang x dpat pg ovc? dlam 100 orang mungkin 2 3 orang jer x dapat pg ovc.

last2 orang macam mamat nih x dapat nak go on amek course medik. kenapa jalan dalam negara lebih susah berbanding orang yang duk ovc? pelik btul saya.

budak ovc dapat medik disebabkan result spm dan bdak dalam negara dapat medik disebabkan matriks?

mana keadilannya? sekiranya orang yang cemerlang memilih untuk duduk dalam negara kenapa jalannya lebih berduri dan lebih berliku2 berbanding budak ovc?

diibaratkan budak dalam malaysia kena amek dua exam berbanding bdak ovc kena amek satu exam jer?
saper x bengang macam nih.
memangla malaysia x penah maju...
sistem pun macam bangang...
berilah keadilan sewajarnya.......

Monday, June 9, 2008

Saya terjumpa!!

saya terjumpa satu blog yang sesuai untuk dibacia untuk semua bloggers.
so bloggers seperti anda semua dapat buat sesuatu yang berfaedah untuk blog anda sendiri
saya tidak tahu sama ada ia berfaedah untuk anda tapi bagi saya ia baik untuk dilihat dan dipelajari.

layari di sini.
problogger


sori ini post terpendek pernah saya buat.

Wednesday, June 4, 2008

Tsunami Petrol!!!

Hari ini telah berlakunya tsunami yang terbesar di Malaysia. Tsunami ini telah memusnahkan banyak kehidupan di Malaysia.

Bermula malam ini tsunami akan berlaku. Tepat selepas jam 12 tengah malam.
sama seperti tsunami lain, tsunami ini juga tidak boleh dijangka.

Tsunami sepatutnya berlaku pada bulan Ogos tetapi ia berlaku tanpa dijangka.
Amat menyedihkan pihak kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang susah.
Nak cari makan pun susah.

Lepas nih akan berlaku pelbagai gegaran di seluruh Malaysia. Dulu gegaran beras kini semua makanan mengalami gegaran. Hatta pg tandas pn bley rasa gegarannya. Ye x?

Apalah kerajaan nih. Dalam kepala pikir diri sendiri jer. Kebajikan rakyat duk celah gigi jer.
Pampasan yang diberi hanya RM625 jer. Kalo yang kecik tu RM150 jer.

Adus...
bengang2....
Aku dahla bawak keta...
Lpas nih kalo kawan nk tumpang sure kena mintak pengeras nih...
Dah terpaksa...
Nak wat cemaner...


Huh malas nak cakap. Diorang nih keras kepala. Dah kalah pn nak cari pasal lagi.
Sekarang nih diorang dah pandai bohong dah. Ingat rakyat nih budak kecik agaknyer...
Ikut telunjuk diorang nih..

Sampai mati aku benci kerajaan. Sumpah!!!