Salam semua,
Baiklah mari kita lupakan seketika perihal di Cairo even banyak lagi perkara yang nak dikongsikan bersama kawan2 sumer. Kita citer perihal yang baru saja berlaku semalam kepada ku. Sandal @ kasut yang hilang dicuri manusia durjana di muka bumi nih.
Smalam aku bersama 9 lagi kawan meng'enjoy'kan diri di SOGO. Kitorang pg saner sbb nak beli baju raya. Aku just beli sepasang baju jer. bkan baju melayu tap baju jalan. baju melayu aku pkai tahun lpas punyer sebab masih elok lagi. Baju melayu raya aku nih aku penah pkai maser rayer jer. Hari2 lain aku x pkai. Makanya daripada membazir baik pkai baju melayu yang samer kan? Masih lawa masih cun dan orang lain x kan tau pun tu baju tahun lepas nyer. Tahun sebelum tu lagi dasat, aku pakai baju melayu raya 2,3 tahun lepas nyer n still muat smpai skang (aku x membesar ker? :). Ha aper kes? X membazir pun kan?
Tadi just selingan mukaddimah supaya dapat tulis pepanjang dalam blog nih. Dan yang nakdijadikan citer skang nih sebenarnyer ialah mengenai kecurian tersebut yang berlaku di Masjid Jamek kg Baru. Aku mmg tau masjid nih mmg terkenal dengan kes curi- mencuri nih. Kalo aku semayang raya kat sini aku akan pastikan selipar aku diletak berasingan so pencopek tu xder la nak curi asing2kan? even aku tau ader jer yang main pkai unless seliper dier pn ilang. Kalo dah title pencuri seliper sure bersifat selective nyer. Dipendekkan citer, sandal lawa aku ilang... Actually masa tu kawan aku duk sangatla dekat ngan selipar aku sebab dier pun letak seliper kat tempat yang sama. Aku yang tgk mmber nih ader dkat situ so aku lepakla dalam masjid kejap. Relaks2, borak2.. biler tiba masanya nak ambil, selipar ilang..
Aper yang nak aku citer kat sini ialah even ko jaga macam maner pun barang ko tapi kalo tuhan nak kasi ilang, ilang jugakla. Even aku letak seliper tu dekat tempat tersorok ditambah lagi dngan mmber yang duk sebelah seliper aku still bley hilang lagi. dan aku yakin ini mesti adalah antara ujian kecil yang Allah tujukan kepadaku ini. Dan aku x salahkan kawan aku sebab dier x perasan tgh syok main henset. Bagi aku kalo dah berlaku biarkan berlaku. jadikan sebagai pengajaran untuk kiter.
Dan aper yang menariknya, masa kuar dari masjid tu, aku ternampak seliper aku dipakai oleh seseorang. Kalo bdak biasa sure aku soal giler2 punyer tapi yang pakai seliper aku tuh pakcik 30-an yang berkopiah putih dan berjanggut serta baik raut wajahnyer. Seliper yang dier pakai x tumpah macam seliper aku. Biler tanyer sure dier x mengaku n lagi pun aku x der bukti nak dakwa tu seliper aku. Tapi instinct aku mengatakan itu mmg sandal aku. Sandal tu sangatla x ramai orang pakai n cuber pk dari segi logik ek. Seorang tua berkopiah pakai sandal mahal pergi ke masjid. Maner2 pakcik yang aku tgk sumer pakai seliper nyer x der nak pkai sandal mahal2 nyer. Sandal aku tu sbnrnyer kire sandal raya la so harga sandal tu x kan la Rm 20- 30 rnggit kot n sandal tersebut adalah pemberian mak aku. Tentunya aku rasa sangat bersalah kerana x jaga sandal tersebut dengan baik. Itu jer yang menyedihkan aku sbnrnyer. Bkan x bleh bli lg seliper tu tapi sentimental value tu yang menyebabkan sandal tu agak berharga la bagi aku. Dan aku berhusnuzon sandal tu mngkin mmg pakcik alim tu punyer.
Pengalaman hilang kasut n seliper dah banyak kali aku alami. Dari sekolah menengah sampai la sekarang. Semasa kat pasum, kasut aku yang berharga seratus kat atas ilang macam tu jer sebab letak kat luar. Pengalaman kedua, kasut aku ilang dekat masjid klcc. Time tu kitorang ader buat sesi amar makruf nahi mungkar dekat saner sempena sambutan kemerdekaan. Ketiga kasut aku ilang after final exam first year. Nih sumer gara2 selepas flash card sekuriti blok aku dah x bley pkai. Hampir sumer penghuni kat blok asrama aku ilang kasut dicuri oleh pncuri kasut sial tu. pengalaman keempat, kasut sukan aku ilang time aku pndah bilik. After umrah, bdak2 yang duk sebilik ngan aku terpaksa pindah ke blok H. Biler balik jer aku tgk bilik dah kosong n barang dah licin. Thanks tu Dani ngan Din coz tlng aku pndahkan barang2 ak. Yang ilang, kasut sukan ngan barang mandi. N pengalaman yang latest skali ialah yang berlaku kat masjid nih la.
Dugaan ilang kasut nih bnyak sangat berlaku kat aku. Mungkin nih kifarah yang Allah berikan kat aku dan aku terima dengan hati terbuka. Mungkin aku terlalu cuai ngan leka smpai kasut sendiri pun ssh nak jaga. Tapi kepada saper yang curi tu, barang tu aku x penah halalkan dan aku akan tuntut kat akhirat esok. Kalo kiter pikir2 kecurian yang sangat bnyak berlaku kat negara kiter nih sure kerana sistem perundangan yang berasaskan sekular dan tidak mengikut hukum2 yang dah tersedia rapi dalam al-quran dan hadith.
Apapun jadikan pengalaman kita sebagai pengajaran tuk masa akan datang. Fikir2 dan renung2kan.....
Persoalan Pada Jawapan 80
5 hours ago














