Wednesday, April 8, 2009

tekanan dan hipokrit

Tekanan blaja semakin meningkat dari hari ke hari. Rupanya terlalu banyak yg aku x baca lagi. Kalau dah baca pun belum tentu dapat ingat semua. Mungkin dapat ingat separuh jer.

Lantaklah. Asalkan kita usaha dan tawakkal. Result bkan keje kita tapi keje Allah. Kita hanya berusaha dan mengharapkan yang terbaik.

Jangan malu nak mintak dekat Allah. Walaupun kita dah banyak buat dosa. Dah banyak buat maksiat. Tapi kite still kena mohon dekat Allah supaya apa yang kita hajati dimakbulkan.

Bila kita rasa down, minta dekat Allah supaya beri kita kekuatan untuk bangkit. Bila anda rasa diri anda hipokrit coz rapat dengan Allah masa nak exam jer, teruskan hipokrit tu. Dan berdoa supaya hipokrit tersebut bertukar dan jadikan kita dekat dengan Allah setiap masa. Tanpa mengira waktu exam atau tidak. Mungkin hipokrit tu juga jadikan kita pemula untuk sentiasa beribadah kepada Allah? Siapa tahukan.

Mungkin aku merasakan tulisan aku sangat hipokrit sebab aku banyak buat dosa. Siapa aku untuk cakap tentang agama? Siapa aku untuk nasihat orang lain? Tapi aku suka dipanggil begitu kerana at least hipokrit aku nih mendekatkan diri aku dengan ENGKAU ya ALLAH.


Saturday, April 4, 2009

sikap melayu

Adus kenapa lah susah sangat nak mengupah orang dekat internet nih. Kita bayar bukannya kita tak bayar. Itu pun liat nak buat. Aku bengang betul. Bila aku offer, cakap berminat, pastu bile suro buat, eh mintak maaflah baru saya sedar banyak projek lagi yang nak di buat.

Aper citer nih bro? Kalau tawarkan servis buatlah cara tawarkan servis. Ini tak anggap macam servis nih macam mainan jer.

Baru aku sedar kalau ada orang offer servis murah bermaksud dia tak betul2 willing nak buat. Sesuka hati boleh tolak bile orang dah bagi keje. Sebab aper? Sebab upah tersebut murah. Bukannya aku yang letak harga murah tu pun. Korang yang letak. Bila suro buat mula bagi macam2 alasan. Bro, nak bisnes buat cara bisnes bro. Kalaulah melayu sumer macam nih, memang tak mustahilla kita tak penah maju. Bangsa lain pun pandang rendah kat kita.

Kadang2 aku rasa dah nak putus asa tengah jalan. Tapi terpaksa aku kuatkan semangat. Hmm. Manusia...manusia..~